Faktor tertinggi rakyat Malaysia mengalami masalah tidur


 Mengimbas kembali zaman persekolahan pasti akan teringat pada jam 9 atau selewat-lewatnya jam 10 malam, ibu akan menyuruh masuk bilik masing-masing dan tidur.

Ketika itu, badan mudah mengikut aturan masa tidur yang ditetapkan dan tidak perlu untuk memaksa mata ditutup dan berehat secukupnya.

Apabila menjengah zaman universiti, situasi berubah dan disiplin tidur mengikut masa ditetapkan begitu sukar dituruti. Situasi ini berlanjutan sehingga ke alam pekerjaan.

Minda sentiasa meminta untuk berfikir mengenai tugasan atau tanggungjawab yang belum diselesaikan.

Apatah lagi, pada hari ini telefon pintar menjadi ‘senjata’ paling berguna, menyebabkan seseorang tidak dapat melelapkan mata dengan sempurna.

Kajian Nielson Company Malaysia mengenai tinjauan tidur mendapati 70 peratus daripada mereka mengalami gangguan untuk tidur disebabkan tekanan, keresahan dan kemurungan.

Faktor menghabiskan banyak masa dengan telefon dan gajet berada di kedudukan lima teratas penyebab rakyat di negara ini mengalami masalah tidur.

25 hingga 60 tahun ke atas menunjukkan 63 peratus dalam kelompok umur 25 hingga 29 tahun sukar melelapkan mata dalam tempoh 30 minit selepas berbaring di katil.

sembilan daripada 10 orang di negara ini mengalami satu atau lebih masalah tidur.

Perunding Kesihatan Edward Yong berkata, 78 peratus daripada 500 individu dalam tinjauan itu berpendapat tidur tidak berkualiti boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan 47 peratus bersetuju ia boleh menyebabkan masalah kulit atau kecantikan.

Secara purata ketika ini orang dewasa memerlukan antara enam hingga tujuh jam untuk tidur.

Situasi pembangunan sesebuah negara sebenarnya memberi kesan kepada waktu tidur rakyatnya kerana perubahan seperti kemodenan teknologi boleh mempengaruhi sikap atau gaya hidup individu.

Teknologi pesat dalam dunia Internet menjadikan manusia lebih bergantung kepada peranti pintar dalam kehidupan seharian dan perkara ini sebenarnya memberi kesan kepada waktu tidur yang berkualiti.

Mudah leka dan asyik dengan penggunaan peranti pintar, ia akan menjejaskan disiplin waktu tidur yang akhirnya mengakibatkan individu berkenaan tidak dapat menikmati tidur yang berkualiti.



Persekitaran juga memainkan peranan penting bagi memastikan setiap individu dapat menikmati tidur yang berkualiti dan tidak mengambil masa yang lama untuk melelapkan mata.

Bilik yang gelap dan keadaan tenang amat membantu untuk seseorang menikmati tidur dengan baik. 

Bermain peranti pintar dalam keadaan gelap bukan sahaja menjadikan mereka memendekkan waktu tidur berkualiti, malah cahaya terus dari skrin ke mata memberi kesan negatif kepada kesihatan mata.

Manusia sememangnya bergantung kepada tidur yang berkualiti bagi memastikan tingkah laku dan keadaan minda menjadi lebih bersedia dan sihat.

Tidur yang tidak mencukupi bukan saja menyebabkan seseorang itu mengalami tekanan mental yang menjejaskan kebolehannya menguruskan emosi dengan baik malah mengakibatkan masalah kesihatan lain seperti kanser.

Dijangkakan 300 juta orang di Asia Tenggara mengalami masalah insomnia kerana kegagalan untuk tidur.


Tinjauan 500 rakyat Malaysia mengenai tidur yang sihat

Lima faktor tertinggi rakyat Malaysia mengalami masalah tidur

1. Tekanan, keresahan dan kemurungan (63%)

2. Gaya hidup tidak sihat atau amalan tidur (57%)

3. Isu persekitaran (52%)

4. Terlalu banyak meluangkan masa dengan gajet dan telefon (52%)

5. Penyakit (43%)

20 peratus rakyat Malaysia mengalami masalah tidur tiga atau empat kali seminggu.

35 peratus rakyat Malaysia mengalami masalah tidur sekali atau dua kali seminggu

Kesan tidak cukup tidur mengakibatkan:

1. Keletihan fizikal dan tekanan emosi.

2. Berat badan meningkat.

3. Pelupa

4. Mengalami penuaan dengan cepat.

5. Diabetes

6. Kanser

👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇

7 langkah untuk mencuci sesebuah tilam

👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆👆

Comments