Hi, hari ni saya nak kongsikan sedikit info tentang kesihatan. Gaya hidup yang sihat sangat memberi kesan kepada kita untuk jangka masa panjang. Anda juga boleh amalkan beberapa tips yang saya kongsikan untuk kekal sihat .
- Makan secara sihat
- Hidangkan pelbagai jenis sayur-sayuran semasa makan besar atau semasa meraikan tetamu. Sayur-sayuran mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.
- Hidangkan sumber makanan tinggi serat seperri beras perang atau roti bijirin penuh. Makanan ini juga mengandungi vitamin dan mineral.
- Utamakan hidangan ikan berbanding daging merah seperri daging lembu dan khinzir kerana ikan mengandungi kurang lemak dan kolesterol.
- Sediakan daging yang telah dibuang lemak atau ayam/ itik yang telah dibuang kulit kerana ianya lebih sihat.
- Masak makanan dengan kaedah yang lebih sihat seperti merebus, memanggang, mengukus atau menumis dengan minyak yang sedikit bagi mengurangkan kandungan minyak dan lemak.
- Gunakan herba dan rempah semula jadi atau buah kering untuk menggantikan penggunaan gula, garam dan sos dalam masakan.
- Hidangkan buah-buahan segar sebagai pilihan bagi pencuci mulut.
- Kurangkan menghidang minuman manis dan pastikan air kosong disediakan.
- Tidak merokok
Rasa ketagihan akan berlalu selama tiga ke lima minit selepas berhenti merokok. Cuba lakukan perkara yang menyibukkan diri daripada berfikir daripada rasa ketagih seperti berjalan-jalan, telefon atau menghubungi kawan ataupun minum segelas air.
Merokok adalah berbahaya kepada hampir semua organ-organ badan anda kerana setiap batang rokok yang anda hisap mengandungi lebih daripada 7,000 bahan-bahan kimia, beratus-ratus daripadanya – termasuk nikotina dan karbon monoksida – meracuni badan anda.
- Lakukan aktiviti fizikal
Antara aktiviti fzikal yang boleh dilakukan ialah senaman bebanan bebas. Senaman ini merupakan senaman yang menggunakan rintangan seperti dumbell, getah senaman atau botol air untuk memberi beban kepada tubuh badan.
Sewaktu kita duduk, pembakaran kalori
akan menurun. Setelah dua jam duduk
terus-menerus, kadar kolesterol baik akan
turun sehingga 20 peratus. Oleh itu,
berdirilah dan lakukan aktiviti fzikal
seperti regangan singkat dan pergerakan
aktif setiap dua jam sekali.
Antara faedah regangan dan pergerakan
aktif ialah sendi - sendi dapat bergerak
dengan licin tanpa rintangan, dapat mengurangkan dan mengelakkan penyakit
berkaitan otot, mengelakkan kecederaan
pada otot tendon atau ligamen serta
mempercepat peredaran darah.
- Belajar menangani stress
Bertenang.
Setiap kali anda berasa stres atau berasa ketegangan, bawalah bertenang. Dengan bertenang ia boleh membantu mengurangkan kitaran stres negatif pada peringkat permulaan.
Bernafas dengan dalam.
Lakukan latihan pernafasan yang boleh meningkatkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida dalam sel tubuh bagi mengurangkan ketegangan.
Berkata,`Relakslah’.
Cuba katakan pada diri sendiri, saya ni stres, ‘Relakslah’, 'Tak mengapa' atau 'Tak apalah', 'Oklah tu', 'Bawalah bersabar'. Kata-kata ni sedikit sebanyak dapat menenteramkan perasaan dan mengurangkan stres.
Beribadat.
Sekiranya anda mengalami tekanan atau stres anda boleh melakukan ibadat seperti berzikir dan sembahyang mengikut kepercayaan masing-masing. Beribadat dapat memberi sokongan emosi dan boleh melegakan perasan seseorang.
Berkongsi perasaan dengan seseorang
Bercakaplah dengan ahli keluarga atau kawan-kawan rapat anda yang anda percayai dan dapat memahami perasaan anda. Luahkanlah dan kongsi perasaan anda dengan mereka.
Apabila anda berkongsi perasaan dengan orang lain , anda akan berasa lega dan ini dapat mengurangkan tekanan yang anda hadapi. Anda akan merasai bahawa masih ada orang yang sayang dan ambil berat tentang diri anda.
Berurut.
Apabila anda stres pada kebiasaannya otot-otot di bahagian leher dan bahu akan menjadi tegang. Belajarlah cara urut leher dan bahu kerana urutan ini boleh melegakan tegangan otot dan melancarkan perjalanan darah.
Urutan kaki juga boleh dilakukan untuk mengurangkan stres.
Berehat dan mendengar muzik.
Apabila anda stres berehatlah sambil mendengar alunan muzik yang lembut. Muzik dapat membantu mengurangkan denyutan jantung yang laju dan tubuh badan anda akan mula relak serta pernafasan anda akan kembali normal. Ini membuat anda berasa tenang. Pilihlah muzik yang lembut dan menenangkan.
Beriadah.
Luangkan sedikit masa anda untuk melakukan aktiviti di luar rumah sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan. Lakukanlah aktiviti yang anda sukai. Beriadah dapat menenangkan fikiran dan membuat anda berasa gembira serta menghilangkan stres.
Bersenam.
Bersenam juga boleh membantu mengurangkan ketegangan otot dan stres. Dengan bersenam ia dapat meningkatkan pengeluaran hormon dan dorfin dan anda akan berasa lega dan tegang.
Antara aktiviti senaman yang boleh anda lakukan ialah berjalan dan bersenamrobik.
Berfikiran positif.
Stres juga boleh berlaku disebabkan prasangka dan salah tafsir kita terhadap sesuatu situasi. Cubalah berfikiran secara positif di mana anda cuba melihat kebaikan atau keadaan positif dalam mana-mana situasi yang bersifat negatif.
Kita perlu berfikiran positif untuk meningkat harga diri sendiri. Pelajarilah cara berfikiran positif kerana ia akan dapat membantu kita menangani stres dengan lebih berkesan.
Dengan melakukan kaedah di atas, kesan fizikal stres seperti denyutan jantung, perasaan marah, rasa gelisah, gementar, sakit kepala dan sebagainya yang disebabkan oleh tindak balas hormon adrenalin terhadap tubuh dapat dikurangkan.
Stres mesti ditangani secara berterusan bagi memastikan kita sihat dari segi fizikal, emosi dan minda.
Bagaimanapun, kaedah tersebut hanya boleh mengawal stres untuk jangka masa pendek.
Punca stres perlu dikenal pasti dan tindakan susulan perlu diambil untuk mencari jalan penyelesaian kepada punca stres tersebut. Anda juga boleh mengamalkan kemahiran daya tindak yang bersesuaian untuk menangani stres anda.
Takde masa nk pergi beli?? Jom beli online dengan kami... kami akan uruskan smpai pasang sepantas kilat.. fuhhh..
Aiman COWAY CONSULTANT
Authorised Coway Agent (621659)
Coway (M) Sdn. Bhd
0162404053 (Call/Text/Whatsapp/Telegram)
Email : aimanhealthplanner@gmail.com
KHIDMAT NASIHAT PERCUMA CEPAT & MUDAH...
KLIK JE LINK WHATSAPP DI BAWAH 👇
.
Comments
Post a Comment